2024-12-11 HaiPress

Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,11 Disember- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook,beliau mendoakan Sultan Sharafuddin,Tengku Permaisuri Selangor serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.
"Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
"Patik mendoakan agar Tuanku dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin,serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku,Dirgahayu Tuanku.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 94 penerima hari ini,sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur