2024-12-11 HaiPress

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
KUALA LUMPUR,11 Disember- Program Siswa Sulung tidak hanya dilaksanakan kepada pelajar daripada keluarga B40 malah meliputi golongan M40 yang kurang berkemampuan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,setakat ini seramai 1,934 pelajar telah dibantu menerusi program berkenaan.
"Kalau dalam kalangan daripada M40 tetapi mempunyai bilangan ahli keluarga ramai kira-kira tujuh atau lapan orang ahli keluarganya yang sebahagian besar ahli keluarganya terpaksa berbelanja kepada anak-anaknya yang itu kita juga minta untuk kemukakan program ini," katanya.
Penjelasan itu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sungai Siput S. Kesavan berkenaan cadangan memperluas pengecualian yuran pengajian kepada pelajar keluarga M40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Program Sissa Sulungdikhususkan untuk anak pertama daripada keluarga kurang berkemampuan dan berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti awam.
Dalam pada itu,bagi membantu pelajar universiti daripada keluarga kurang berkemampuan,bantuan RM1,000 turut diberikan untuk menampung perbelanjaan sebelum mereka memperoleh pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur