2024-12-11 HaiPress

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),Rashima Baharuddin
TUMPAT,11 Disember - Sebanyak 10,150 tan metrik ikan dalam simpanan stok penimbal sedia digunakan bagi menampung keperluan ketika Monsun Timur Laut (MTL).
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),Rashima Baharuddin berkata,bagi menampung keperluan itu pihaknya bekerjasama dengan persatuan nelayan kawasan serta lima syarikat swasta.
Menurutnya,sepanjang tempoh MTL bekalan ikan tidak terjejas dan mencukupi.
"Kalau kerjasama LKIM dengan persatuan nelayan kita ada stok sebanyak 343 metrik tan,tetapi kita juga ada usahasama dengan syarikat swasta,ada lima syarikat utama yang kita bekerjasama. Buat masa ini jumlah stok yang ada adalah sebanyak 9,600 metrik tan," kata Rashima.
Beliau di temui pemberita pada Program Skuad Ihsan Madani dan penyampaian bantuan banjir nelayan daerah Tumpat di Kompleks LKIM Getting,di sini. Hadir sama,Pengarah LKIM Kelantan Sobri Ibrahim.
Sementara itu,seramai 829 nelayan terkesan banjir di seluruh negara dengan 633 daripadanya di Kelantan.
Mengulas lanjut,Rashima menasihati supaya nelayan tidak mengabaikan faktor keselamatan jika tetap ingin keluar ke laut ketika musim tengkujuh.
Tambah beliau,nelayan perlu peka terhadap perubahan semasa cuaca selain memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur