2024-12-11 HaiPress

FOTO FAIL
KOTA BHARU,11 Disember - Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Gua Musang ditutup kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi iaitu melibatkan PPS Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7.
Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata,ia menjadikan jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 41 orang,setakat pukul 4.00 petang tadi.
Kesemua mereka terdiri daripada 10 keluarga itu berlindung di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1.
Dalam pada itu,portal public info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan,Satu sungai melepas tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang,Pasir Mas dengan trend menaik.
Di Pahang,jumlah penduduk terjejas banjir kekal 73 orang daripada 27 keluarga membabitkan daerah Maran dan Jerantut setakat pukul 4.00 petang tadi.
Menurut Portal InfoBencana JKM,seramai 17 penduduk terjejas daripada empat keluarga berteduh di PPS SK Teh,Jerantut. Manakala,2 PPS masih dibuka di Maran menempatkan 56 orang daripada 23 keluarga.
"PPS terlibat adalah Balairaya Kampung Jara menempatkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 52 orang daripada 22 keluarga diikuti PPS Bangunan Bengkel Wanita Kampung Bak Bak seramai 4 orang daripada satu keluarga," kata InfoBencana JKM.
Dalam pada itu,berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan,tiga sungai di Pahang berada pada aras bahaya.
Sungai terbabit adalah Sungai Pahang di Kuala Tembeling dan Sungai Pahang di Jerantut Feri masing-masing di Jerantut serta Sungai Luit di Kampung Subuh,Maran.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur