2024-12-11 HaiPress

BURSA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,11 Disember- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini,mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan peniaga menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) bagi November dikeluarkan hari ini yang boleh mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah minggu depan.
Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Indeks dibuka rendah 5.78 mata kepada 1,603.19.
Suasana pasaran negatif,dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 126 manakala 310 kaunter tidak berubah,1,821 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 175.25 juta unit bernilai RM112.22 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street dengan hasil 10 tahun Perbendaharaan AS,yang meningkat kepada 4.228 peratus,mempengaruhi sentimen pasaran.
"Di Hong Kong,Indeks Hang Seng ditutup rendah. Ia dibuka tinggi melebihi paras 21,000 tetapi aliran meningkat itu tidak lama berikutan peniaga memutuskan untuk menyimpan keuntungan berikutan kenaikan baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
Dalam negara,Thong menjangka FBM KLCI terus mencatatkan kenaikan mengambil kira laporan pendapatan baru-baru ini yang menunjukkan syarikat Malaysia masih berada dalam kedudukan yang baik.
"Oleh itu,indeks dijangka berada dalam julat 1,605-1,615 hari ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Tenaga Nasional menambah 4.0 sen kepada RM13.72 manakala Public Bank merosot 1.0 sen kepada RM4.51,CIMB dan IHH Healthcare,masing-masing susut 4.0 sen kepada RM8.07 dan RM7.40 serta Maybank tidak berubah pada RM10.10.
Bagi saham aktif,Dagang NeXchange meningkat 3.0 sen kepada 38.5 sen,SNS Network Technology naik 2.0 sen kepada 59 sen,Skyworld Development menambah 5.0 sen kepada 67.5 sen dan Microlink Solutions menokok 1.0 sen kepada 19.5 sen manakala Handal Energy merosot setengah sen kepada 6.0 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas berkurangan 34.47 mata kepada 12,305.58,Indeks FBMT 100 susut 37.33 mata kepada 11,985.98,Indeks FBM 70 berkurangan 34.47 mata kepada 18,459.33 dan Indeks FBM Emas Shariah menurun 38.03 mata kepada 12,318.54 manakala Indeks FBM ACE naik 18.95 mata kepada 5,305.76.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 47.08 mata kepada 19,055.36,Indeks Perladangan berkurangan 31.72 mata kepada 7,693.44 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.04 mata kepada 175.17 manakala Indeks Tenaga naik 0.29 mata kepada 822.36. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur