2024-12-11 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,11 Disember- Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa yang menyaksikan beberapa pelabur beralih kepada aset selamat,menurut ahli ekonomi.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang tempatan dijangka terus diniagakan berhati-hati menjelang laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan malam ini.
Beliau berkata pada masa yang sama,tumpuan akan tertumpu kepada Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk melihat sama ada ia akan meneruskan pelonggaran dasar monetarinya pada tahun depan mengambil kira Trump 2.0.
“Unjuran suku tahun mereka akan menunjukkan sama ada mereka berhasrat untuk menyemak semula perancangan mereka bagi 2025. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan adalah mengenai hala tuju dasar monetari pada 2025 manakala penurunan 25 mata asas telah diambil kira," katanya kepada Bernama.
Oleh itu,Mohd Afzanizam menjangka MYR/USD akan terus turun naik antara RM4.42 dan RM4.43 hari ini.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia rendah berbanding pound kepada 5.6547/6630 daripada 5.6432/6496 pada Selasa dan merosot berbanding euro kepada 4.6600/6668 daripada 4.6595/6648 semalam,bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9143/9187 daripada 2.9189/9224 sebelum ini.
Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia diniagakan hampir mendatar berbanding dolar Singapura kepada 3.2988/3041 daripada 3.2988/3028 semalam dan menunjukkan prestasi yang sama berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.3 daripada 278.7/279.2 pada Selasa.
Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.64,bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1189/1487 daripada 13.1006/1236 semalam.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur