2024-12-12 HaiPress

Foto RTM
JOHOR BAHRU,12 Disember- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang berasaskan oleo kimia,di Pasir Gudang,Johor Bahru pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes pencemaran di Sungai Buloh,pada hari sama.
Pengarah JAS Johor,Dr. Mohd Famey Yusoff berkata pencemaran sungai di Pasir Gudang itu dikesan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.
Siasatan awal mendapati sistem pengolahan efluen di premis berkenaan gagal berfungsi,lalu menyebabkan pelepasan efluen berwarna coklat.
Sampel efluen terbabit telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisis.
Susulan itu,JAS Johor melakukan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis tersebut,untuk menghentikan pencemaran.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 37 C,Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur