2024-12-12 HaiPress

Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR,12 Disember- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melaksanakan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) dan Tabung Bencana Pertanian (TBP) bagi membantu petani yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menterinya,Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan TBTP menyediakan bantuan tunai kepada pesawah yang mengalami kerugian disebabkan bencana alam,manakala TBP memberi fokus kepada sektor agromakanan lain yang turut terjejas.
"KPKM melalui agensi seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah menyalurkan bantuan segera,termasuk atur gerak skuad Ihsan MADANI,lawatan turun padang,khidmat nasihat kepada pesawah,serta pengagihan bakul makanan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Inisiatif itu diharap mampu meringankan beban petani yang terjejas dan KPKM akan memastikan bantuan disalurkan secara adil,cekap dan telus.
Beliau berkata proses kelulusan penyaluran bantuan turut dinilai secara teliti oleh jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengelakkan ketirisan dan ketidakadilan.
Dalam pada itu,kerajaan menyasarkan 60,000 pesawah mendaftar menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP),namun sehingga kini hanya 30,000 pesawah telah berbuat demikian sejak pelancarannya pada September lalu.
Mohamad memaklumkan bahawa pada peringkat awal,skim itu ditawarkan secara percuma dengan kos RM64.80 sehektar dibiayai sepenuhnya oleh Agrobank.
Pesawah yang berdaftar berpeluang menerima pampasan sehingga RM3,000 sekiranya tanaman mereka terkesan akibat bencana seperti banjir.
"Pesawah boleh mendaftar melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau di cawangan Agrobank terdekat. Kami berharap semua wakil rakyat memainkan peranan untuk menggalakkan lebih ramai pesawah mendaftar," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin Mohd Isam Mohd Isa.
Beliau turut menekankan pentingnya penyertaan skim tersebut untuk melindungi pesawah daripada risiko kerugian dan memastikan mereka dapat memanfaatkan pampasan yang disediakan bagi meringankan beban sekiranya berlaku bencana terutama banjir.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur