2024-12-12 HaiPress

Tangkap layar video yang dikongsi Facebook U.S. Embassy Kuala Lumpur menerusi akaun Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan
KUALA LUMPUR,12 Disember- Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) menyalurkan sumbangan sebanyak RM442,817 (USD$100,000) kepada penduduk terjejas banjir di Malaysia.
Bantuan itu disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bertujuanmenyokong usaha bantuan banjir untuk komuniti terjejas.
"Kami bersama dengan mereka yang terkesan akibat banjir besar di Malaysia. Melalui kerjasama ini,kami membantu komuniti yang terjejas untuk bangkit semula," menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur menerusi Facebook.
Ia sekali gus mencerminkan kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam menghadapi bencana dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang menyelamatkan nyawa,mengurangkan penderitaan dan melindungi golongan rentan," tambah kenyataan itu.
Hantaran berkenaan turut memaparkan video berdurasi 1.18 minit yang menunjukkan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan menghantar bantuan kepada penduduk terjejas.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur