2024-12-12 HaiPress

Datuk Mohd Noor Helmy menjadi tetamu dalam segmen Apa Khabau YB di konti MELAKAfm,hari ini/FB Exco
JALAN TAMING SARI,12 Disember- Lebih RM75.9 juta nilai kerugian direkodkan di Melaka berikutan kes penipuan dalam talian,setakat semalam.
Ini membabitkan 1,845 kes dengan 1,119 tangkapan berjaya dilakukan pihak polis.
Timbalan Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka,Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata walaupun jumlah kes menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu,namun jumlah kerugian direkodkan meningkat.
Justeru,beliau meminta masyarakat Melaka untuk lebih peka dan berusaha untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
"Kerajaan sudah buat pelbagai tindakan. Selagi ada permintaan,sifat tamak ingin berjudi,tidak mahu dibawa bincang,ditambah yang tertipu. Mungkin kerana tiada ilmu atau kurang pendedahan berhubung isu ini.
Sebagai wakil kerajaan,kita akan berusaha apa sahaja tentang perkara ini tetapi daripada pengguna sendiri,daripada rakyat juga kena bersedia. Mereka perlu faham serta rajin bertanya. Jangan sombong diri dan jangan tamak haloba. Fikir rasional," kata Datuk Mohd Noor Helmy,hari ini.
Datuk Mohd Noor Helmy ditemui pemberita selepas bersiaran dalam segmen Apa Khabau YB di konti MELAKAfm Jalan Taming Sari.
Beliau mengingatkan orang ramai untuk segera menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan 997,untuk membuat laporan jika menjadi mangsa.
Penipuan melibatkan pelaburan paling banyak dilaporkan diikuti pembelian barangan secara dalam talian dan sebagainya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur