2024-12-12 HaiPress

Foto Fail
MARAN,12 Disember- Seramai 40 orang penduduk terjejas banjir masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah Maran,setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),kesemua sembilan keluarga terjejas itu,kini ditempatkan di dua buah PPS.
Penduduk paling ramai dipindahkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teh iaitu 30 orang terdiri daripada lima keluarga.
Di PPS SK Tebing Tinggi pula menempatkan 10 orang daripada empat keluarga yang berlindung di PPS itu.
Dalam pada itu,berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),Sungai Pahang di Waterfront,Bera berada pada paras bahaya dengan bacaan 28.19 meter,berbanding aras normal 24 meter.
Dalam perkembangan berkaitan,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jerantut membantu 10 pemeriksa amali Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menyeberangi jalan selepas laluan untuk mereka ke sekolah terputus di Paya Garuk,Jerantut,akibat dinaiki air.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jerantut,Kapten Muszaidi Musa berkata lima daripada mereka bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Piol dan selebihnya di SMK Sungai Retang.
Menurutnya,bantuan pada pukul 6.50 pagi itu menggunakan sebuah bot fiber bersama seorang pegawai dan tiga anggota.
Pada masa sama,APM Jerantut juga telah membantu guru-guru,pelajar dan petugas kesihatan yang berkhidmat di sekitar Padang Piol,Sungai Retang dan Kuala Tahan menyeberangi laluan terbabit.
Jalan Paya Garuk ditutup bermula semalam kepada semua kenderaan selepas dinaiki air sedalam 0.6 meter sepanjang 110 meter,ekoran hujan berterusan selama tiga hari bermula Isnin.
Bagaimanapun,laluan itu telah dibuka hari ini susulan penurunan paras air.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur