2024-12-12 HaiPress

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
KUALA LUMPUR,12 Disember- Pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dijangka dibentang di Parlimen,tahun depan.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Dr. Noraini,mesyuarat penyelarasan pindaan akta berkenaan telah dilaksana melibatkan pegawai-pegawai dalam pengendalian kes kanak-kanak.
"Penglibatan pihak berkepentingan industri turut diadakan bagi memastikan input bagi semakan ini bersifat menyeluruh dan bukan hanya daripada sudut pandang pihak penguat kuasa akta.
Mesyuarat Kerja Bersama Persatuan Berkaitan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) telah diadakan pada 13 September 2024. Ia melibatkan pemain industri berkaitan TASKA untuk mendapatkan input selaras dengan pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) 1984 (Akta 308)," kata Datuk Seri Dr. Noraini di Parlimen,hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan wakil Rantau Panjang,Siti Zailah Mohd Yusoff mengenai status terkini Akta 308.
Tambah Dr. Noraini,satu tinjauan awam telah dijalankan bagi memastikan penglibatan orang awam turut diambil kira bagi semakan berkenaan.
Perkara itu dilaksana menerusi Facebook serta portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak September sehingga Oktober lepas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur