2024-12-12 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,12 Disember- Perbincangan mengenai pengagihan gas melibatkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah selesai,namun beberapa aspek termasuk implikasi undang-undang masih sedang diperhalusi,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata keputusan yang jelas telah dicapai hasil perbincangan bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.
"Kami telah mengadakan sesi perbincangan yang baik dengan Premier Sarawak dan keputusan yang jelas telah dicapai. Kami kini sedang memperincikan butiran melibatkan parameter dan implikasi undang-undang," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Semalam,Premier Sarawak turut menyatakan bahawa perbincangan mengenai pengagihan gas antara PETRONAS dan PETROS akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur