2024-12-12 HaiPress

Foto RTM
TUMPAT,12 Disember- Peruntukan sebanyak RM150,000 diperuntukkan FGV Holdings Berhad (FGV) bagi misi bantuan banjir di Kelantan,khususnya di kawasan yang teruk terjejas di Tumpat.
Misi bantuan itu melibatkan seramai 1,200 penerima di kawasan Pengkalan Kubur,Kelaboran,dan Wakaf Bharu.
Ketua Bahagian Keselamatan,Kesihatan dan Alam Sekitar Kumpulan merangkap Ketua Misi Bantuan Banjir Kumpulan FGV,Shaharizan Yunus,berkata sebanyak 24 tan metrik barangan keperluan asas,termasuk produk keluaran syarikat bernilai RM120,000,telah disumbangkan hari ini.
Selain itu,tiga institusi terpilih di Tumpat turut menerima sumbangan bernilai RM10,000 setiap satu,iaitu Masjid Hidayatul Mustaqim,mukim Pak Kerau,Masjid Al-Mu'min Taman Sri Dalam Rhu,dan Sekolah Menengah Ugama Arab Nurul Huda,Kajang Sebidang.
"Sukarelawan seramai 112 orang,meliputi anak-anak syarikat FGV,serta sukarelawan daripada Kelab Sukan FGV sendiri,terlibat dalam misi ini," katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir FGV Holdings di Dewan Bunga Raya,Pantai Sri Tujuh,di sini hari ini.
Menurutnya,misi itu dijalankan dengan kerjasama Muslim Care Malaysia serta pertubuhan dan agensi lain di Kelantan,termasuk Angkatan Pertahanan Awam.
Dalam perkembangan lain,lebih RM71,000 telah disalurkan kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai bantuan awal.
Bantuan tersebut bertujuan meringankan beban akibat kesan banjir,selain membantu persiapan membeli peralatan menghadapi musim ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur