2024-12-12 HaiPress

Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Disember - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan langkah komprehensif menjadikan pembelajaran Sains,Teknologi,Kejuruteraan,dan Matematik (STEM) lebih menarik,selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata,hampir 60 peratus peningkatan dicatatkan dalam enrolmen murid bagi bidang STEM setakat Jun 2024.
Menurut beliau,Labuan merekodkan peratusan tertinggi iaitu 58.67 peratus,diikuti Perlis (58.43 peratus) dan Putrajaya (53 peratus).
"Penekanan diberikan kepada pendekatan pembelajaran baharu,pemantapan kurikulum,peningkatan kesedaran murid dan orang awam,pembangunan kemahiran guru,serta penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur untuk pengajaran STEM," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya,Lee Chean Chung di Dewan Rakyat hari ini mengenai hala tuju pembelajaran STEM.
Wong turut memaklumkan sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan bagi penyelenggaraan makmal dan pembelian peralatan STEM baharu.
Setakat ini,506 makmal sains dan 518 makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk memastikan keberkesanan proses pembelajaran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur