2024-12-12 HaiPress

Alexander Nanta Linggi/RTM
BUTTERWORTH,12 Disember- Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir yang dijangka melanda beberapa negeri.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya telah mengambil langkah awal termasuk membuka bilik gerakan bencana dan meningkatkan usaha pembersihan serta bantuan kepada penduduk terjejas.
"Gelombang kedua ini sudah kita alami baru-baru ini dan bantuan sedang digerakkan. Minggu lalu,Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama JKR dan pihak konsesi telah melancarkan program bantuan termasuk penyediaan bekalan dan kerja pembersihan kawasan terjejas," katanya selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara di sini hari ini.
Hadir sama,Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Seri Ahmad Maslan dan Exco Infrastruktur,Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang,Zairil Khir Johari.
Alexander turut memaklumkan bahawa Bilik Gerakan Bencana di semua negeri berisiko banjir telah diaktifkan untuk memastikan persiapan rapi dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan luruan monsun yang dijangka berterusan sehingga 16 Disember ini berpotensi membawa hujan lebat di kawasan timur dan utara Semenanjung serta Sabah disertai angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur