2024-12-12 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,12 Disember- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun dolar AS dilihat sebagai mata wang selamat kekal kukuh dalam persekitaran sentimen mengelak risiko di pasaran.
Pada pukul 8.11 pagi,ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Dolar AS dan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi selepas Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menetapi jangkaan sebelum ini.
Beliau berkata IHP AS November berada pada 2.7 peratus,lebih tinggi daripada 2.6 peratus bulan sebelumnya,sebaliknya IHP Teras kekal pada 3.3 peratus selama tiga bulan berturut-turut daripada 3.2 peratus pada bulan Ogos,menunjukkan kadar inflasi kekal tiggi.
“Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menaikkan kadar faedah pada 2025. Mereka akan terus menurunkan kadar faedah kerana pendirian dasar monetari ketika ini masih berada dalam zon terhad.
“Bagaimanapun,mereka mungkin akan menurunkan Kadar Dana Fed (FFR) kerana risiko kenaikan inflasi jelas kelihatan dengan dasar Trump 2.0 mengenai tarif. Oleh itu,ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil hari ini,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6498/6632 daripada 5.6389/6459,turun berbanding yen Jepun kepada 2.9083/9154 daripada 2.9013/9051 bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.6493/6604 daripada 4.6515/6573 ketika ditutup pada Rabu.
Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2951/3032 daripada 3.2937/2980 ketika ditutup pada Rabu,rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0817/1224 daripada 13.0640/0875 sebelum ini.
Ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.59/7.61,bagaimanapun meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.9/278.7 daripada 278.2/278.7 sebelumnya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur