2024-12-18 HaiPress

Sebarang konflik di kawasan perairan ditangani dengan berhati-hati bagi mengelakkan ketegangan kedaulatan negara/Foto Maritim Malaysia
KUALA LUMPUR,18 Disember - Kerajaan terus mempergiat kerjasama kolaboratif dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan keselamatan perairan negara di Laut China Selatan berada pada tahap tertinggi.
Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin,menegaskan bahawa sebarang konflik di kawasan perairan tersebut perlu ditangani secara berhati-hati bagi mengelakkan ketegangan yang boleh menggugat kedaulatan negara.
"Kerajaan Malaysia,menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan di kawasan perairan negara.
"Langkah-langkah yang diambil termasuk rondaan,pengawasan,pemantauan,serta penguatkuasaan di kawasan maritim Malaysia bagi mempamerkan kehadiran (show of presence) di kawasan tersebut.
"Semua agensi penguat kuasa dan pemantauan maritim komited untuk memastikan kedaulatan,hak kedaulatan,dan kepentingan Malaysia kekal terpelihara," katanya.
Kenyataan itu dibuat sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dalam sesi perbahasan di Dewan Negara hari ini.
Mohamad turut menjelaskan bahawa rundingan bersama China dan negara-negara terlibat terus dijalankan bagi memuktamadkan dokumen Awal Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur