2024-12-18 HaiPress

Kabel yang dicuri seorang lelaki di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR,18 Disember- Telekom Malaysia Berhad (TM) tidak bertoleransi terhadap sebarang salah laku dan akan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap individu yang terlibat dengan insiden kecurian kabel,berdasarkan hasil siasatan.
Tindakan itu selaras dengan komitmen syarikat,untuk menegakkan standard tertinggi integriti dan akauntabiliti di seluruh organisasi.
TM menerusi kenyataan mengulas insiden kecurian melibatkan kontraktor dan anggotanya di Tanjung Bungah,Pulau Pinang.
"Kecurian kabel merupakan kesalahan serius yang mengancam keselamatan nyawa,menjejaskan perkhidmatan penting kepada rakyat selain memberi impak kepada komuniti.
"TM menyeru orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan segera," menurut kenyataan itu.
TM juga komited memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan infrastruktur digital negara dan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi mencegah insiden sama pada masa hadapan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur