2024-12-18 HaiPress

Teo Nie Ching
KUALA LUMPUR,18 Disember- Pemasangan 'SouthEast Asia Hainan-Hong Kong Express Cable System' (SEA-H2X) dijangka siap pada suku ketiga 2025.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata,sistem kabel internet dasar laut antarbangsa itu akan berhubung dengan Sarawak berkapasiti 160 Tbps.
"Laluan kabel dasar laut ini adalah dalam kategori rangkaian teras yang menghubungkan Sarawak kepada dunia luar seperti Hong Kong,China,Filipina,Thailand,Singapura dan Indonesia.
"Buat masa ini,kapasiti jaringan sedia ada adalah mencukupi bagi menampung permintaan masa hadapan," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Robert Lau Hui Yew mengenai bilangan kabel internet dasar laut menghubungkan Sarawak terus kepada negara lain.
Sebelum ini,sistem sama dilaksana menerusi Batam Sarawak Internet Cable System (BaSICS) dengan kapasiti sehingga 48 Tbps telah siap pada 2022.
Kedua-dua sistem kabel dasar laut inidisediakan oleh Irix Sdn Berhad.
Sarawak juga telah dihubungkan dengan dua sistem kabel dasar laut domestik sedia ada termasuk Sistem Kabel Rakyat Malaysiaoleh Telekom Malaysia Berhad (TM).
Ia menghubungkan Mersing dan Kuching,Bintulu serta Miri dengan purata kapasiti semasa 9.5 Tbps.
Manakala sistem kabel East-West menghubungkan Mersing dan Kuching dilaksanakan oleh Sacofa Sdn. Berhad dengan kapasiti semasa 600Gbps.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur