2024-12-18 HaiPress

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,18 Disember-Bagi tempoh perancangan 2021 hingga Mac 2024 sebanyak 98.4 peratus projek pelaburan telah siap dan sedang dilaksanakan.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,bagi tempoh sama,hanya 1.6 peratus daripada projek pelaburan yang diluluskan namun belum dilaksana.
"Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) tidak boleh dianggap sebagai pelaburan yang diluluskan.
"Permohonan syarikat untuk menjalankan aktiviti perniagaan,diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975,yang turut menetapkan beberapa syarat utama," katanya menerusi penerangan video di Facebook.
Syarikat terlibat juga perlu menyerahkan maklumat lain seperti tempoh pelaksanaan projek,kos tahunan dan butiran pemegang saham kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pelabur juga harus menyatakan jumlah pekerjaan yang akan diwujudkan,sumber bahan mentah dan komponen digunakan dalam penghasilan produk atau projek.
Keutamaan diberi penggunaan komponen dihasilkan dalam negara,sekali gus beri manfaat kepada syarikat tempatan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur