2024-12-18 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,18 Disember- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur dan Johor hingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu melibatkan kawasan Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan Jerantut,Maran,Kuantan,Pekan dan Rompin.
Di Johor ia melibatkan Segamat,Kluang,Mersing,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu,amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sabah dan Sarawak berkuatkuasa pada 19 hingga 22 Disember ini.
Di Sarawak melibatkan kawasan Kuching,Serian,Semarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei,Sibu dan Mukah antara yang akan mengalami hujan berterusan di Sarawak.
Manakala di Sabah,melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud),Sandakan (Telupid,Kinabatangan,Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur