2024-12-18 HaiPress

BURSA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,18 Disember- Bursa Malaysia dibuka mendatar pada Rabu dan seterusnya rendah,menjejaki penyusutan semalaman pasaran Wall Street,kata penganalisis.
Pada 9.21 pagi,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.58 mata kepada 1,594.75 daripada paras 1,597.33 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu juga tidak berubah sewaktu urus niaga dibuka hari ini.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 245 berbanding 165 manakala 368 kaunter lain tidak berubah,1,693 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 242.01 juta unit bernilai RM116.76 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri dagangan lebih rendah,diasak tekanan apabila peniaga lebih bimbangkan ketdiaktentuan daripada pentadbiran baharu Presiden Donald Trump.
Selain itu,Indeks Hang Seng di Hong Kong terus susut apabila pelabur terus buntu berikutan kekurangan perincian maklumat pengumuman Beijing bagi pelonggaaran dasar.
Di peringkat tempatan,FBM KLCI mengakhiri dagangan di bawah paras 1,600 semalam susulan jualan berterusan oleh pelabur asing.
"Tidak dinafikan,ini merupakan satu lagi hari suram bagi pasaran serantau,terutama di Asia Tenggara. (Namun) kelemahan bursa tempatan baru-baru ini telah meningkatkan lagi tarikan penilaian yang dianggarkan 14.7 kali pada masa ini berdasarkan angka 2025.
“Berikutan itu,bagi dagangan hari ini,kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,595-1,605," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,saham wajaran tinggi seperti Maybank,Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM10.14,RM4.52 dan RM8.04.
Tenaga naik 4.0 sen kepada RM13.84 manakala IHH Healthcare susut 4.0 sen kepada RM7.06.
Bagi saham aktif,Carlo Rino Group susut empat sen kepada 23 sen,Jati Tinggi Group naik 5.5 sen kepada 46 sen,Datasonic Grouo dan Cropmate masing-masing menambah setengah sen kepada 42 sen dan 20 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas Shariah susut 5.08 mata kepada 12,256.95,Indeks FBM Emas turun 9.39 mata kepada 12,273.74 manakala Indeks FBMT 100 berkurangan 5.12 mata kepada 11,940.87.
Indeks FBM 70 berkurangan 25.91 mata kepada 18,384.15 namun i Indeks FBM ACE meningkat 16.04 mata kepada 5,257.90.
Mengikut sektor,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.32 mata kepada 171.82,Indeks Tenaga turun 2.75 mata kepada 813.91 manakala Indeks Perladangan naik 17.93 mata kepada 7,646.02.
Indeks Perkhidmatan Kewangan pula susut 5.98 mata kepada 18,930.03. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur