2024-12-18 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,18 Disember- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu akan bertindak mengurangkan kadar faedahnya pada lewat hari ini.
Namun,pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit mengukuh ke paras 4.4550/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal suram ketika data jualan runcit AS meningkat pada November,menokok 0.7 peratus bulan ke bulan daripada 0.5 peratus dalam bulan sebelumnya,sekali gus mengatasi jangkaan awal.
“Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal pada paras 106.956 mata apabila data AS menunjukkan ketahanan ekonomi negara maju itu selepas peningkatan Jualan Runcit AS pada November yang kian kukuh.
“Jualan Bukan Runcit yang memaparkan aktiviti belian dalam talian telah meningkat 1.8 peratus bulan ke bulan pada November dan menyumbang sebanyak 17.5 peratus daripada jumlah jualan runcit. Ini menggambarkan minat berbelanja dalam kalangan negara maju itu sememangnya kukuh,” katanya kepada Bernama.
Berikutan itu,Mohd Afzanizam berkata pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan membayangkan sentimen menaikkan kadar faedah apabila membuat keputusan pada akhir mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan,hari ini.
“Oleh itu,ringgit berkemungkinan kekal rendah apabila dolar AS terus mendapat permintaan tinggi,” katanya.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6619/6809 daripada 5.6646/6703,mengukuh berbanding euro kepada 4.6751/6908 daripada 4.6815/686 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9008/9109 daripada 2.9028/9059,sebelum ini.
Prestasi ringgit bagaimanapun bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN,termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3002/3116 daripada 3.3048/3087 pada Selasa,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 276.6/277.7 daripada 277.2/277.6 semalam.
Selain itu,ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina di paras 7.56/7.59 daripada 7.58/7.59 sebelum ini.
Ringgit bagaimanapun susut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.0259/0805 daripada 13.0236/0440.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur