2024-12-18 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,18 Disember- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM21.59 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM24.40 bilion.
Bank pusat itu akan turut menawarkan tiga tender repo berbalik masing-masing bernilai RM3.1 bilion selama lapan hari,RM2.2 bilion selama 33 hari dan RM1.0 bilion untuk 90 hari.
BNM turut melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM100 juta selama lapan hari serta tender repo semalaman bernilai RM200 juta selama sehari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM24.5 bilion. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur