2024-12-18 HaiPress

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari / Foto RTM
SHAH ALAM,16 Disember – Selangor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri dengan jumlah koperasi tertinggi di Malaysia,mencatatkan sebanyak 2,185 koperasi setakat 30 Jun lalu.
Peningkatan perolehan turut direkodkan oleh koperasi di Selangor,dengan jumlah RM706 juta pada 2023 berbanding RM464 juta pada 2022.
Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM235,000 pada tahun ini bagi pembangunan dan pemerkasaan koperasi,bagi memastikan koperasi terus berkembang ke tahap lebih tinggi.
“Jika koperasi dapat menambah baik aspek tadbir urus,beradaptasi dengan digitalisasi,serta meluaskan pasaran dan memenuhi permintaan semasa,kita mampu mencatatkan lebih RM1 bilion nilai ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2024,di sini.
Amirudin turut memaklumkan kerajaan negeri bekerjasama dengan koperasi dalam melaksanakan Jualan Rumpun Selangor,yang menawarkan barangan asas pada harga diskaun untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
“Setakat ini,tiga siri jualan telah dijalankan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat,” tambah beliau.
Dalam usaha memperluaskan peranan koperasi,kerajaan negeri Selangor bercadang menubuhkan koperasi masjid di seluruh negeri menjelang tahun hadapan.
Menurut Amirudin,rancangan tersebut sedang diperhalusi bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan penubuhan koperasi masjid dilaksanakan dengan baik dan menjaga integriti.
“Koperasi Al-Falah akan dijadikan model awal kerana ia menunjukkan potensi besar dalam menjana pendapatan untuk masjid,” katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur