2024-12-18 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,17 Disember- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa,apabila pelabur yang berhati-hati mengambil untung menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS),kata penganalisis.
Mesyuarat FOMC AS dijadualkan berlangsung selama dua hari,17 hingga 18 Disember.
Pada pukul 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.11 mata atau 0.32 peratus kepada 1,601.74 daripada 1,606.85 ketika ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 1.59 mata lebih rendah kepada 1,605.26 dan bergerak antara 1,601.18 hingga 1,606.81 sepanjang sesi pagi.
Bagi keseluruhan pasaran,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 547 berbanding 317 manakala 526 kaunter kekal tidak berubah,1,082 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan mencecah 1.68 bilion unit bernilai RM1.02 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan apabila perhatian terarah kepada mesyuarat FOMC akan datang,aktiviti dagangan di AS mungkin menjadi perlahan.
"Bagaimanapun,kami yakin minat belian mungkin muncul di peringkat tempatan ketika syarikat melakukan aktiviti memperelok akaun sepanjang Disember ini.
"Kami yakin saham yang berkaitan rantaian bekalan dan teknologi pusat data akan berprestasi baik dalam persekitaran dolar AS yang lebih kukuh," menurutnya dalam nota penyelidikan.
Menurut firma pembrokeran itu,dari segi teknikal,paras rintangan bagi indeks penanda aras itu dijangka pada sekitar 1,621 hingga 1,626 manakala paras sokongan ditetapkan pada 1,586 hingga 1,591.
Antara saham wajaran tinggi,Press Metal Aluminium susut 15 sen kepada RM4.88,Petronas Chemicals turun 11 sen kepada RM4.87 dan Hong Leong Bank merosot 42 sen kepada RM20.02. Sime Darby menguncup 8.0 sen kepada RM2.35,manakala Public Bank berkurang 1.0 sen kepada RM4.53.
Pembuat penyegar udara,Vanzo Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini,muncul sebagai saham paling aktif,meningkat 3.0 sen kepada 18 sen.
Saham aktif lain termasuk Zen Tech kekal pada 1.0 sen,TWL naik setengah sen kepada 3.0 sen,Pestech menambah 2.5 sen kepada 17 sen,JCY menokok setengah sen kepada 52 sen,dan MYEG kekal pada 96 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas turun 29.62 mata kepada 12,298.56,Indeks FBM Emas Syariah turun 26.13 mata kepada 12,328.01,dan Indeks FBM ACE susut 31.68 mata kepada 5,276.64.
Indeks FBMT 100 menurun 29.65 mata kepada 11,981.68,dan Indeks FBM 70 jatuh 14.49 mata kepada 18,475.01.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 79.23 mata kepada 18,973.33,Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.73 mata kepada 173.37,dan Indeks Tenaga susut 1.51 mata kepada 814.46.
Indeks Perladangan meningkat 14.91 mata kepada 7,668.65.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur