2024-12-18 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,17 Disember- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam keadaan sentiment berhati-hati,susulan data yang tidak menentu daripada Indeks Pengurus Pembelian (IPP) AS menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) susut kepada 106.858 mata daripada 107.003 sebelum ini.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4470/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IPP AS bagi pembuatan merosot melebihi jangkaan kepada 48.3 mata bagi Disember berbanding jangkaan pasaran pada 49.5 mata.
“Pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas telah sedia untuk diambil kira,dengan derivatif kadar faedah menjangkakan 95 peratus peluang bagi pengurangan 25 mata asas minggu ini.
"Isu utama adalah mengenai prospek tahun depan. Oleh itu,pasaran akan memberi perhatian kepada pergerakan taburan plot titik untuk mengukur kemungkinan pengurangan kadar faedah seterusnya berdasarkan tinjauan oleh kalangan ahli FOMC yang lazimnya diterbitkan pada suku tahunan,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8865/8932 daripada 2.8930/8964 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding pound sterling kepada 5.6441/6568 daripada 5.6301/6365.
Ringgit lemah berbanding euro kepada 4.6769/6874 daripada 4.6743/6795.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2960/3039 daripada 3.2992/3032 ketika ditutup pada Isnin,dan naik berbanding baht Thai kepada 13.0456/0873 daripada 13.0575/0795.
Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.9/278.6 daripada 278.0/278.5 dan kekal pada paras 7.58/7.60 berbanding peso Filipina sejak semalam.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur