2024-12-18 IDOPRESS

Menteri Digital,Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR,18 Disember - Inisiatif kerajaan untuk melaksanakan Government Technology (GovTech) Malaysia dijangka mentransformasikan perkhidmatan digital kerajaan menjadi lebih moden,cekap,dan berfokuskan rakyat.
Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata,langkah ini juga membentuk ekosistem perkhidmatan digital bersepadu yang menyokong integrasi antara agensi secara holistik dan inklusif.
"Pembangunan produk digital kerajaan menggunakan pendekatan seragam melalui Malaysia Design System (MyDS) bagi mewujudkan keseragaman dalam aspek antara muka pengguna (UI) dan pengalaman pengguna (UX).
"Selain itu,portal Hansard Parlimen yang turut dilengkapi elemen kecerdasan buatan (AI) akan memudahkan akses dan memberikan maklumat terbuka kepada Ahli Parlimen serta rakyat," katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Dr Zurainah Musa berkenaan status program GovTech Malaysia.
Gobind turut memaklumkan empat inisiatif baharu yang sedang dirancang dan dibangunkan menjelang tahun 2025.
Antaranya termasuk aplikasi MyGov Malaysia,portal AskMyGov,platform GoGov,serta saluran digital SiaranGovMy.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur