2024-12-18 IDOPRESS

Datuk Seri Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR,18 Disember- Sabah dan Sarawak mempunyai berpotensi besar untuk menarik pelaburan dalam mendirikan kilang oleokimia bagi mengembangkan industri kelapa sawit.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kementerian itu komited bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menggalakkan pelaburan,sekali gus memperkukuh sektor agrikomoditi negara.
"Sabah dan Sarawak seperti yang saya tekankan tadi,Sabah mempunyai 1.5 juta hektar,Sarawak pula mempunyai 1.6 juta hektar kawasan dan ada kawasan kilang penapisan.
"Ada pam tetapi tidak mempunyai oleokimia namun ada banyak pusat di semenanjung. Jadi saya jemput mereka untuk meneroka Sabah dan Sarawak. Ia berikutan kedua-dua negeri itu mempunyai potensi untuk membina kawasan oleokima bagi menyelesaikan isu berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 di ibu negara.
Penubuhan kilang oleokimia di kedua-dua negeri itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada eksport kelapa sawit mentah ke luar negara.
Setakat ini,sebanyak 21 kilang oleokimia terletak di Semenanjung Malaysia,namun tiada satu pun didirikan di Sabah dan Sarawak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur