2024-12-18 IDOPRESS

Mohamad Hasan / Foto RTM
PUTRAJAYA,18 Disember- Malaysia menyerahkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$5 juta daripada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kepada Jordan.
Ia untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang masih menjadi mangsa peperangan Israel.
Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,bantuan disalurkan menerusi organisasi kerajaan Jordan untuk membeli barangan keperluan.
"Bantuan sebanyak A$5 juta ini adalah merupakan wang yang telah didermakan rakyat Malaysia dibawah AAKRP yang telah dapat dikumpulkan sebanyak RM99 juta.
"Tapi banyak telah kita serahkan kepada banyak pihak,kepada Persatuan Palang Merah Mesir dan Palestin," katanya ketika menyerahkan sumbangan berkenaan yang mewakili kerajaan Malaysia kepada Duta Besar Jordan,Ismael Maddallah Suliman Maaytah,di Wisma Putra,di sini.
Tambahnya,usaha itu turut dibantu oleh rakyat Malaysia yang komited menyalurkan sumbangan untuk rakyat Palestin.
Dalam pada itu,Mohamad mengesahkan menerima notis kesalahan merokok di kawasan larangan bersama sekumpulan individu di sebuah kedai makan di Rantau,Negeri Sembilan baru-baru ini.
Katanya,notis berkenaan telah diserahkan pegawai kesihatan Seremban pagi tadi.
"Saya tak dapat balik ke Seremban,jadi pegawai itu datang menemui saya di sini sebab esok saya nak ke Bangkok,Thailand.
"Saya menerima notis kompaun tersebut dan notis kompaun ini akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk ditetapkan jumlah kompaun," katanya.
Beliau juga memohon maaf kepada semua pihak sekiranya isu berkenaan menjadi kerisauan awam.
Terdahulu,Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan,pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban diarahkan untuk berjumpa Mohamad bagi menyerahkan notis kesalahan itu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur