2024-12-18 IDOPRESS

Dua remaja maut dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Lencong Barat Alor Setar
ALOR SETAR,18 Disember- Dua remaja lelaki maut manakala empat yang lain cedera dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Lencong Barat Alor Setar kira-kira pukul 9.10 malam tadi.
Dua mangsa yang mauttercampak keluar dari kenderaan dan salah seorang melambung ke atas bumbung kereta.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner (ACP) Siti Nor Salawati Saad dalam satu kenyataan memaklumkan pemandu dan penumpang belakang keretaberusia 18 tahun disahkan mautdi lokasi kejadian .
"Tiga lagi penumpang merupakan rakan sebaya cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.
"Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Plaza Tol Alor Setar Selatan menghala ke Masjid Aman berlanggar dengan sebuah lagi kereta dipandu seorang lelaki berusia 74 tahun yang sedang membuat pusingan U dari laluan bertentangan," menurut kenyataan itu.
Lelaki terbabit mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan kanan,dirawat di sebuah hospital swasta di Alor Setar.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan kesemua remaja terbabit baru menamatkan SijilPeperiksaanBersama (UEC) dari sebuah sekolah persendirian di Alor Setar.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur