2024-12-19 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,19 Disember- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner (ACP) A. A. Anbalagan dalam satu kenyataan memaklumkan,kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang dan laporan mengenainya dibuat seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.
"Semasa pengadu berada di tempat kerja,pengadu telah menerima pesakit seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang.
"Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.50 petang (18 Disember)," menurut kenyataan itu.
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan pihaknya masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Bagaimanapun beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar berhubung kejadian itu yang boleh mengganggu proses siasatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur