2024-12-19 HaiPress
Ketua Kampung Sungai Bedaun,Abang Abdul Nasir Abang Ahmad (kiri) dan Salawati Baid (kanan) ketika ditemui RTM di PPS pagi tadi
KUCHING,19 Disember – Seramai 14 keluarga Kampung Sungai Bedaun di sini berdepan detik cemas malam tadi apabila aras air sungai mula melimpah dan menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.
Keadaan tersebut memaksa 68 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sekitar pukul 11 malam tadi.
Ketua Kampung Sungai Bedaun,Abang Abdul Nasir Abang Ahmad,berkata limpahan air berlaku dipercayai sistem perparitan yang tidak mencukupi,menyebabkan air lambat surut.
"Kesan ini berpunca daripada projek di belakang sana,sistem perparitan kecil,jadi air lambat nak keluar," katanya ketika ditemui RTM.
Bagi seorang penduduk terjejas banjir,Salawati Baid berkata,situasi lebih mencabar kerana anaknya,Mohd Sahreza Hipni,29,terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya selain memerlukan penjagaan rapi.
"Banjir sebelum ini tidak pernah seperti ini. Sekarang saya bimbang kesihatan anak kerana doktor pesan kami mesti membawanya keluar dengan segera," katanya.
Tinjauan RTM pagi tadi mendapati pasukan penyelamat dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah berada di lokasi sejak malam tadi untuk membantu penduduk yang terjejas banjir.
Terdahulu,Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,memaklumkan seramai 68 mangsa daripada 14 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka pada pukul 12.30 tengah malam tadi.
“Mangsa terdiri daripada lima bayi,tiga Orang Kurang Upaya (OKU),dan empat warga emas,” menurut kenyataan tersebut hari ini.
Setakat pukul 10 pagi tadi,JPBN Sarawak berkata paras air di Kampung Sungai Berdaun telah surut dan tiada pemindahan tambahan ke PPS.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur