2024-12-19 HaiPress

Lim Hui Ying
KUALA LUMPUR,19 Disember- Seramai empat juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran akaun fleksibel berjumlah RM11.6 bilion setakat 27 November lepas.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata,baki simpanan keseluruhan akaun fleksibel adalah sebanyak RM7.4 bilion direkodkan setakat November.
"Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada 13.1 juta ahli KWSP bawah umur 55 tahun memilih untuk memiliki amaun permulaan dalam akaun fleksibel.
"Jumlah perpindahan simpanan sebanyak RM14.5 bilion manakala RM6.6 biliom simpanan dipindahkan ke akaun persaraan," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel dibuat ahli KWSP di Dewan Negara.
Mengulas lanjut,seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar melebihi kadar berkanun caruman pekerja iaitu 11 peratus setakat 11 Oktober lepas.
Sementara itu seramai sejuta ahli KWSP telah membuat caruman sukarela berdasarkan rekod setakat 31 Oktober tahun ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur