2024-12-19 HaiPress

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek
PUTRAJAYA,19 Disember - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membentangkan laporan berhubung Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada 1 Mac depan.
Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata,laporan itu akan dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas yang memuatkan kadar kos menu RMT di seluruh negara serta isu-isu berkaitan.
"Pada 1 Mac tahun depan,kita akan membentangkan laporan berkaitan RMT. Ia merangkumi isu kos,pelaksanaan,sama ada mereka yang terlibat benar-benar terkesan,serta sejauh mana ia memenuhi keperluan dan memberi khasiat kepada mereka," katanya hari ini ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia di sini hari ini.
RMT diperkenalkan sejak 1979 bertujuan memupuk budaya pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah,selain berfungsi sebagai program intervensi kemiskinan untuk membantu golongan B40 memperoleh khasiat mencukupi.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur