2024-12-19 HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh
KUALA LUMPUR,19 Disember- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menyokong program pengantarabangsaan dan aktiviti bersama murid.
Ini termasuk lawatan daripada agensi negara asing memandangkan ia berupaya mengukuhkan hubungan kerjasama antara negara-negara asing berkenaan.
Justeru,Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata kehadiran tentera China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang baru-baru ini tidak harus dijadikan isu.
Ini kerana KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2018 untuk Kelulusan Permohonan Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid,Guru dan Institusi Pendidikan KPM.
"Saya juga ingin menyatakan disini bahawa apabila kita membangkitkan isu atau membaca sesuatu berita itu,kita haruslah memastikan berita itu berdasarkan fakta yang betul.
Apabila kita kata ada jemputan daripada tentera China yang datang,itu adalah tidak betul. Dalam kes yang dimaklumkan oleh YB Senator,program lawatan tersebut adalah program lawatan mesra dan pertukaran kebudayaan antara Naval University of Engineering China di Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian)," kata Wong di Parlimen,hari ini.
Beliau menjawab soalan daripada Senator Hussin Ismail.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur