2024-12-19 IDOPRESS

Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow memeriksa Kawalan Kehormatan terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
PUTRAJAYA,19 Disember- Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow diberi majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.
Berdimuhamedow dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia tiba semalam untuk lawatan sejak memegang jawatan pada Mac 2022.
Ketibaan beliau disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 9.00 pagi,sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Beliau kemudianmemeriksa Kawalan Kehormatan terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof,Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan,anggota Kabinet,diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.
Berdimuhamedow kemudian dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan,kerjasama minyak dan gas,pendidikan tinggi,pelancongan serta keterhubungan.
Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,termasuk Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Perdagangan antara Malaysia dan Turkmenistan menunjukkan pertumbuhan ketara buktinya Januari hingga Oktober 2024,jumlah dagangan melonjak 74.8 peratus kepada RM63.28 juta (US$13.90 juta) berbanding RM36.19 juta (US$7.91 juta) dalam tempoh sama pada tahun lepas.
Pada 2023,Turkmenistan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah dengan jumlah perdagangan RM48.62 juta (US$10.57 juta).
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur