2024-12-19 IDOPRESS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah melaksanakan 64 program pembangunan modal insan dalam bidang kreatif perfileman sepanjang tahun ini / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,19 Disember – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah melaksanakan 64 program pembangunan modal insan dalam bidang kreatif perfileman sepanjang tahun ini,melibatkan seramai 3,925 peserta di seluruh negara.
Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching berkata kerajaan,melalui FINAS turut memperuntukkan RM16 juta di bawah Dana Kandungan Kreatif (DKK) tahun ini.
Dana tersebut merangkumi tujuh kategori pembiayaan iaitu Dana Dokumentari Kenegaraan,Dana First Time Amateur Filmmaker,Dana Co-Pro (Filem Cereka & Dokumentari),Dana Pembangunan Skrip,Dana Penyertaan Festival Antarabangsa,Dana Pengiktirafan dan Dana Program TV Kerjasama RTM.
Katanya,dana tersebut bertujuan menggalakkan penghasilan kandungan kreatif yang berkualiti serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.
"Antara kejayaan signifikan DKK ialah filem tempatan Abang Adik arahan Jin Ong yang memenangi dua anugerah iaitu Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Wu Kang-ren) dalam kategori Snow Leopard di Asian World Film Festival (AWFF) ke-10,yang berlangsung dari 13 hingga 21 November 2024 di Los Angeles,Amerika Syarikat.
"Filem tersebut juga mencipta sejarah apabila disenaraikan dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-97 (Oscars),mengenepikan 15 filem antarabangsa lain.," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara,di sini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin mengetahui usaha kerajaan dalam memartabatkan industri perfileman negara di peringkat global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur