2024-12-19 IDOPRESS

Datuk Mohamad Alamin
KUALA LUMPUR,19 Disember- Malaysia dan Vietnam sentiasa berbincang dan berunding mengenai isu-isu berkaitan kedua-dua negara melalui platform dua hala sedia ada.
Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin berkata Nota Diplomatik merupakan saluran komunikasi rasmi antara dua negara dan segala bantahan yang dibuatmelalui saluran itu secara langsung menyatakan pendirian rasmi negara.
"Dalam hal ini dan dengan merujuk kepada kawasan perairannegara,Kerajaan Malaysia sentiasa tegas dan komited untukmempertahankan kedaulatan,hak-hak kedaulatan dan kepentinganMalaysia di dalam kawasan maritimnya berdasarkan Peta Baru Malaysia1979.
"Selari dengan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Undang-Undang Laut,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,atau dengan izin,United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982.
"Menyatakan pendirian negara melalui saluran diplomatik merupakan amalan diplomasi Malaysia dan telah digunakan sekian lama," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim di Dewan Negara berkenaan tindakan Kementerian Luar terhadapVietnam yang sebelum ini menuntut kawasan perairan milik negara.
Kerajaan juga sentiasa menegaskan pendirian Malaysia dalam setiap pertemuan dengan negara-negara luar di pelbagai peringkat.
Dalam pada itu,Mohamad Alaminturut menjawab pertanyaan mengenai implikasi tindakan kerajaan Filipina meluluskan akta baharu menyentuh soal tuntutan terhadap Sabah,dan melanggar sempadan maritim negeri.
Beliau menegaskan kerajaan tidak berkompromi berhubung isu berkenaan malah telah menghantar nota bantahan mengenai perkara itu.
Mohamad Alamin berkata,Sabah merupakan sebuah negeri yangmenyertaiMalaysia pada1963 dan telah melaksanakan hak mereka atau right to self determination untuk bersama-sama di dalam persekutuan berkenaan,melaluipengiktirafan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"JadiFilipina tidak ada hak untuk mengatakan bahawa Sabah itu adalah milik mereka dandalam konteks ini,setelah mendapat nasihat daripada semua agensi Kementerian Luar Negeri telah menghantar nota bantahan terhadapFilipina.
"...bahawa akta-akta yang telah diluluskan itu,tidak selari dengan semangat undang-undang antarabangsa kerana melangkaui sempadan maritim kita," katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur