2024-12-19 IDOPRESS

Foto BERNAMA
IPOH,19 Disember- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) memetari satu memorandum persefahaman (MoU) hari ini.
MoU tersebut bertujuan untuk menyokong pelaksanaan program bandar pintar di bandar raya Ipoh.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,kerjasama berkenaan merupakan permulaan positif kepada usaha pemerkasaan program bandar pintar yang bakal memberi manfaat kepada penduduk Ipoh.
"Kerjasama strategik ini bermatlamat untuk memperkukuh antara MCMC dengan DPCH dalam membantu mempertingkat infrastruktur digital,pemerkasaan pendidikan digital serta penyediaan kemudahan komuniti pintar dan hijau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (Mou) antara Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) di sini.
Bawah MoU tersebut,liputan internet di Perak akan dipertingkatkan untuk menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam penyediaan pelan infrastruktur komunikasi di lokasi pembangunan yang telah dipersetujui.
MCMC juga akan menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada DPCH berkaitan dengan infrastruktur digital,jaringan,liputan,keselamatan siber dan pencegahan penipuan dalam talian.
Dalam pada itu kerajaan masih belum bercadang untuk mewujudkan undang-undang tertentu bagi melarang individu berusia 16 tahun dan ke bawah daripada menggunakan media sosial,seperti dikuatkasakan di Australia.
Fahmi Fadzil berkata,kerajaan belum melihat keperluan tersebut walaupun terdapat cadangan daripada pelbagai pihak namun kerajaan bersedia mengambil langkah tambahan sekiranya pengendali platform media sosial gagal menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada mempunyai dan menggunakan akaun media sosial.
Ia selaras dengan penguatkuasaan pelesenan pengendali platform media sosial pada 1 Januari depan.
"Kita akan mulakan dengan had umur,setiap platform ini akan menentukan sendiri umur untuk semua pengguna di platform masing-masing.
"Ketika ini platform media sosial tidak membenarkan usia 13 tahun bawah membuka akaun media sosial. Jadi kita ingin melihat bagaimana had larangan umur berkenaan dilaksanakan berdasarkan apa yang ditetapkan," katanya.
Proses pelesenan media sosial berada pada fasa akhir dengan perbincangan bersama pengendali platform berkenaan tertumpu kepada isu teknikal.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur