2024-12-19 IDOPRESS

Ketibaan pesawat A330neo pertama Malaysia dijangka memperluaskan laluan penerbangan negara / Foto Hiasan / Bernama
SEPANG,19 Disember – Ketibaan pesawat A330neo pertama Malaysia dijangka memperluaskan laluan penerbangan negara sekali gus mengukuhkan kehadiran Malaysia dalam sektor penerbangan global.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata pesawat baharu itu bakal membantu Malaysia Airlines Berhad (MAB) meluaskan operasi penerbangan ke lapangan terbang utama di peringkat antarabangsa,khususnya di Eropah.
"Pada masa ini,kita tidak mempunyai penerbangan ke Eropah sepenuhnya. London tidak dianggap sebahagian daripada Eropah. Jadi,kami berharap agar penerbangan ke Eropah dapat kembali direalisasikan tidak lama lagi,mungkin seawal tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pesawat A330neo pertama Malaysian Aviation Group (MAG) di Kompleks Kejuruteraan MAB,di sini.
Anthony turut menyatakan keyakinan bahawa perancangan tersebut akan menyokong visi negara untuk meningkatkan hubungan penerbangan serta memacu sektor pelancongan.
Menurut beliau,peranan MAG adalah penting dalam mencapai matlamat menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan utama bertaraf dunia.
Penerbangan sulung pesawat A330neo itu dijadualkan berlepas malam ini dari Kuala Lumpur menuju ke Melbourne.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur