2024-12-20 HaiPress

Dzulkefly Ahmad / Foto RTM
SEPANG,19 Disember- Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS) memperkukuh peranan sebagai 'gatekeeper' dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan negara.
Menteri Kesihatan,Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad,menyatakan bahawa usaha memperkukuh kawalan keselamatan makanan dengan teknologi terkini,menyokong perdagangan makanan antarabangsa,serta meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan makanan Malaysia di peringkat global adalah antara keutamaan NCFS.
"Makanan akan menjadi tugas utama pusat keselamatan ini.
"Pusat ini sebagai 'gatekeeper' bermaksud ia menjadi penentu kawal selia keselamatan dan kualiti makanan,sama ada berkaitan pendaftaran,isu keracunan,atau sebarang pertikaian mengenai keselamatan makanan,NCFS bertanggungjawab menjalankan kajian forensik terhadap keselamatan dan kualiti makanan tersebut," katanya pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Projek Siap Pusat Keselamatan Makanan Negara di sini.
Projek NCFS yang bernilai RM130 juta itu telah dimulakan pada April 2018 dan disiapkan pada Jumaat lalu.
Bangunan tersebut menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan skor melebihi 70 peratus,melambangkan kecekapan dan kelestarian dalam pembinaan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur