2024-12-20 HaiPress

Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli (kiri) menerima cendera kenangan daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Ir.Shahelmey Yahya (dua kanan) selepas majlis Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Sabah/ BERNAMA
KOTA KINABALU,19 Disember- Beberapa pembaharuan bakal diperkenal dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Keperluan bagi memastikan pelaksanaan projek dalam rancangan itu berjalan lancar dan projek sakit atau lambat disiapkan dapat dikurangkan.
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli berkata pihaknya akan memperkenalkan pembaharuan di peringkat perancangan dan saringan menambah baik proses sedia ada bagi mengurangkan masalah dalam projek terlibat.
Sebahagian projek sakit berpunca daripada masalah tanah belum diselesaikan ketika permohonan untuk kelulusan projek dan peruntukan dilakukan.
Antara pembaharuan lain adalah melibatkan syarat perlu menyemak dengan bank tanah di peringkat Kerajaan Persekutuan atau negeri bagi projek yang ingin dilaksanakan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Sesi Libat Urus RMK-13 Bersama Kerajaan Negeri di Kota Kinabalu.
Dalam pada itu,Kerajaan Persekutuan dan negeri bersetuju untuk fokus memastikan pelaksanaan projek dalam RMK13 berjalan lancar dan cepat berbanding sebelum ini.
Mengenai usaha membasmi kemiskinan di Sabah,Rafizi berkata program pembangunan bawah RMK13 akan memastikan bahawa terdapat kegiatan ekonomi yang memberi pendapatan mapan di kawasan yang mempunyai kadar kemiskinan tinggi.
Mengenai sesi libat urus ini,Rafizi berkata,ia penting kerana keutamaan Kerajaan Persekutuan adalah untuk merapatkan jurang pembangunan di negeri itu.
Ini bermakna Sabah akan terus menjadi keutamaan dari segi mendapatkan peruntukan yang besar.
Beliau berharap Kerajaan Sabah akan memastikan bahawa segala yang dirancang dan peruntukan yang telah diluluskan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dengan cepat serta hasilnya sampai kepada rakyat.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur