2024-12-20 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
SUNGAI PETANI,20 Disember – Penjawat awam disaran untuk meningkatkan usaha dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat berikutan kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuatkuasa semalam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs),Datuk Dr. Adnan Mat berkata pihaknya menyambut baik saranan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,supaya penjawat awam memberikan pulangan setimpal dengan kenaikan gaji tersebut.
"Pulangan itu merangkumi peningkatan produktiviti dan integriti dalam kalangan penjawat awam selaras dengan kenaikan gaji yang diterima," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Warga Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda,di sini.
Dr. Adnan turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kenaikan gaji pertama SSPA,yang memberi manfaat kepada anggota perkhidmatan dan pesara awam,dengan bayaran pertama telah mula dilaksanakan semalam.
Pelarasan gaji sebanyak lapan peratus yang bermula pada Disember 2024 itu merupakan sebahagian daripada pelarasan gaji secara berfasa,yang mana pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim ini akan menerima 15 peratus pelarasan gaji secara berperingkat,iaitu lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2,yang bermula Januari 2026.
Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi,mereka akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus pada Fasa 1 dan tiga peratus pada Fasa 2. Pelarasan ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur