2024-12-20 HaiPress
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melancarkan perkhidmatan Bas Hop On Hop Off (Ho Ho) sebagai inisiatif baharu untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025 / Foto RTM
KLANG,20 Disember – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melancarkan perkhidmatan Bas Hop On Hop Off (Ho Ho) sebagai inisiatif baharu untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Datuk Bandar MBDK,Datuk Abdul Hamid Hussain berkata perkhidmatan itu disasarkan kepada pelancong transit yang menaiki kapal persiaran dan singgah di Pelabuhan Klang selama enam jam.
“Bas ini akan berhenti di kawasan warisan yang melibatkan 11 lokasi menarik seperti Istana dan Galeri Diraja. Pelancong boleh melihat susun atur struktur kesultanan dan koleksi hadiah Diraja yang mempamerkan sejarah sistem beraja negara.
"Selain itu,bas akan berhenti di GM Klang,di mana pelancong boleh membeli pakaian dan barangan lain,sebelum menuju ke Pasar Jawa untuk menikmati makanan tempatan serta membeli cenderamata. Bas juga akan berhenti di Mangrove Point untuk memberi pengalaman berkaitan alam sekitar sebelum pelancong dihantar semula ke kapal persiaran," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran Bas Ho Ho di Dewan Hamzah,MBDK,di sini pada Khamis.
Untuk rekod,daerah Klang telah menerima seramai 459,979 pelancong sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur