2024-12-20 HaiPress

Foto RTM
MASJID TANAH,20 Disember-Hanya kira-kira 230,000 daripada keseluruhan lebih 400,000 guru di Malaysia sertai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) setakat ini.
Daripada jumlah itu juga,hanya 40 peratus yang mencarum perlindungan insurans di bawah kesatuan.
Menurut Presiden NUTP,Aminuddin Awang,perkara itu agak membimbangkan sekiranya berlaku kemalangan atau perkara tidak diingini terhadap mereka.
“Kita ada 400,000 guru di negara kita dan yg sudah pun menjadi ahli NUTP 230,000 separuh daripada guru.
"Dan dalam hal ini kita menyerahkan kepada guru-guru yang mana belum lagi menjadi ahli NUTP supaya menyertai keahlian demi melindungi mereka daripada sebarang perkara yang tidak diingini",katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Manfaat Insurans NUTP kepada suami Allahyarhamah Cikgu Dahlia Ahmad yang maut dalam kemalangan membabitkan bas rombongan Sekolah Kebangsaan Jeram,Masjid Tanah di Jalan Kuantan - Segamat,Pahang pada Jun lalu.
Jelasnya,pelbagai manfaat disediakan kesatuan khusus untuk kebajikan guru.
Sementara itu,Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut menggalakkan guru sertai NUTP untuk perlindungan jika berlaku kemalangan.
"Bukan kita minta untuk menggadaikan diri kita untuk insurans tapi kita tak tahu apa akan berlaku pada kita untuk memudahkan waris dan generasi akan datang.
"Jadi saya harap atas sifat kesedaran ini guru-guru boleh digalakkan untuk terus menjadi ahli NUTP dan mengambil insurans untuk guru-guru",katanya di sini.
Sementara itu,11 lagi ahli NUTP yang turut terlibat kemalangan itu menerima sumbangan kebajikan bernilai RM500 seorang.
Dalam nahas itu,empat maut manakala 35 cedera.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur