2024-12-20 IDOPRESS

Foto BERNAMA
SUBANG JAYA,19 Disember- Pasaraya MYDIN terus komited memperkasa perniagaan usahawan tempatan dengan melancarkan inisiatif ‘Bangga Buatan Lokal’ sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Dr. Fuziah Salleh berkata kempen sedemikian berupaya membuka ruang kepada produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
"Barang buatan Malaysia ini merupakan satu program yang banyak menyumbang kepada KDNK dan pada tahun 2023 kita dapati bahawa RM5.5 billion disumbangkan daripada Kempen Beli Barangan Malaysia,ini dalam konteks keseluruhan rakan strategik KBBM.
Potensinya amat besar. Dengan program "Lokal to Global" ini nanti akan membuka ruang potensi barang buatan Malaysia ke luar negara," kata Dr. Fuziah kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia 2024,di Mydin USJ,di sini.
Tambahnya,inisiatif itu bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi domestik tetapi juga memupuk semangat cintakan produk buatan Malaysia
Pelbagai promosi barangan dan aktiviti menarik turut ditawarkan sepanjang kempen berlangsung bagi meningkatkan jualan dan mempromosi produk keluaran tempatan.
Menambah kemeriahan,Karnival Jualan ‘Bangga Buatan Lokal’ turut berlangsung pada 19 sehingga 22 Disember di MYDIN USJ bagi memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan membuka reruai jualan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur