2024-12-20 IDOPRESS

Foto RTM
BANDAR BARU BANGI,20 Disember-Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyokong penuh Pelan Strategik Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kebangsaan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
NIOSH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan ESG akan memberikan impak positif yang besar terhadap ekonomi negara selain meningkatkan daya saing dan kemasukan pelaburan asing.
Selain itu,ia juga merintis peluang untuk syarikat tempatan memperkukuh kedudukan di peringkat global.
"NIOSH juga bersedia membantu pihak industri,termasuk perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS),melalui penyediaan perkhidmatan penyelesaian ESG seperti latihan,penilaian strategi,pelaporan,integrasi operasi perniagaan,jaminan (assurance) dan perkhidmatan verifikasi pematuhan standard tempatan dan antarabangsa",maklum NIOSH dalam kenyataan.
Jelas NIOSH,langkah tersebut diambil untuk memastikan syarikat-syarikat PMKS mampu menyesuaikan diri dan tidak terbeban dalam pelaksanaan prinsip ESG melalui pendekatan secara berperingkat seperti yang disarankan oleh kerajaan.
"NIOSH turut berkongsi pengalaman,kepakaran dan pelbagai kemudahan di 13 makmal bertaraf antarabangsa untuk membantu pihak industri,terutamanya PMKS,meningkatkan pematuhan terhadap pelbagai peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk yang berkaitan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan matlamat yang ditetapkan di bawah Pelan Strategik ESG Kebangsaan",tambah NIOSH.
Dalam pada itu,NIOSH turut menetapkan pematuhan kelestarian ESG dalam operasi harian dan perkhidmatan terasnya seperti pelaksanaan proses pendigitalan dan sistem pengurusan mengikut standard antarabangsa bagi aktiviti latihan dan perkhidmatan rundingan.
"Tata amalan baik ini terbukti dapat menambah baik kualiti penyampaian,memperkasakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,memelihara alam sekitar dan meningkatkan integriti dan ketelusan pentadbiran",jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan Pelan Strategik ESG Kebangsaan telah dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara Rabu lalu.
Menurutnya,pelan berkenaan dirangka dalam usaha membawa entiti perniagaan Malaysia secara berfasa ke arah pematuhan dan pelaporan ESG,malah ke peringkat melangkaui tahap pematuhan sekali gus mewujudkan kelebihan kompetitif dan pembangunan mampan negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur