2024-12-20 IDOPRESS

Foto RTM
TEMERLOH,20 Disember- Seramai 21,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 di Pahang bakal menerima kit alat tulis bermula Januari depan.
Pemberian itu amat dihargai oleh pelajar sebagai persediaan awal menghadapi peperiksaan.
Calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanchang,Temerloh,Nursyamimi Zulkifli,berkata pemberian kit tersebut dapat meningkatkan keyakinan mereka ketika menghadapi peperiksaan.
"Persediaan SPM tahun ini sangat padat sebab jadual dipercepatkan. Tambahan pula,tempoh pembelajaran kami agak singkat,lebih-lebih lagi di kawasan Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkesan dengan banjir,menyebabkan keadaan menjadi lebih mencabar," katanya.
Seorang lagi calon SPM,Mohd Nazmi Haikal Mohd Nazhar,meluahkan kebimbangannya terhadap kemungkinan banjir yang boleh mengganggu perjalanan peperiksaan.
"Saya bersedia sepenuhnya sebab dah berusaha keras,tapi tetap risau dengan banjir. Kalau banjir,jalan akan terputus dan kami tak dapat pergi ke sekolah. Harap-harap tiada banjir supaya kami dapat menduduki SPM," katanya.
Kerajaan negeri,melalui Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP),meneruskan inisiatif pemberian kit alat tulis ini sebagai suntikan semangat kepada calon SPM,STPM,dan STAM di Pahang.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur